Ada sepasang suami isteri tua baru tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah teksi yang dipandu oleh Jibam, mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba2 selepas 10 minit si Isteri bertanya kepada pemandu teksi.
Siti : Dik .. O .. Dik, kamu nak makan kacang?
Jibam : Boleh juga Makcik.
Sambil dia menghulur tangan ke arah nenek tu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dgn pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulut.
Jibam: oii, sedap kacang makcik ni. Fresh ... tak bergaram....
Sepuluh minit kemudian makcik tu bertanya lagi.
Siti: Dik, kamu nak lagi?
Jibam: Buleh juga..
Sambil menghulurkan tangan menadah..lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Jibam: Makcik dengan Pakcik tak makan kacang ke?
Siti: ... Kau tau lah ... Kami ni tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja...kacangnya masih elok !
Beh : Huhuhuhu
Thursday, February 13, 2014
Coklat Kekacang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment