Wak Zainal menaiki bas dan duduk di sebelah ibu muda yang cantik dan seksi. Kebetulan ibu muda itu baru mulai hendak menyusui bayinya. Tapi ketika si ibu muda hendak menyusui, si bayi menolaknya. Si ibu muda berkata, "cepat sayang minum, nanti mama bagi dekat uncle di sebelah." Sepuluh minit kemudian si bayi masih saja tidak mahu menyusu. Si ibu muda memujuk lagi, "cepat sayang minum susu mama. Nanti mama bagi dekat uncle di sebelah. Mama bagi betul-betul ni." Tiba-tiba Wak Zainal berkata kepada si ibu muda, "saya nak bagitahu dekat puan, cepat sikit buat keputusan. Saya sepatutnya sudah turun tadi lagi..di pt raja dah trlepas dah stesen..sampai sri gading cepat puan buat keputusan atau tunggu malam...
Tuesday, February 18, 2014
Monday, February 17, 2014
Iklan Tak Adil
Bila iklan COLGATE nampak gigi.
Bila iklan SUNSILK nampak rambut.
Bila iklan SAFI nampak muka.
Bila iklan REXONA nampak ketiak.
TAPI!!!.....
Bila iklan KOTEX.... tak nampak apa-apa...
Mmg xadil..
Ngeeeeee!!!
Sunday, February 16, 2014
Akibat Suka Menyibuk
Seorang pemuda ingin melihat 1 kemalangan....malangnya ia terlambat dan sdh dikerumuni org...lalu pemuda itu memikir satu cara supaya dpt melihat dgn lebih dkt lg...
Tiba2 pemuda itu berkata "KETEPI2 SAYA ADALAH WARIS MANGSA"...
org ramai pun berasa hairan...dan setelah sampai d depan dia melihat SEEKOR BABI TELAH MATI DILANGGAR KERETA...sekian...
Saturday, February 15, 2014
WUDHUK DUA KALI
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk". Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu: "Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?"
Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.
Man: "Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?"
Cikgu: "Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?"
Man: "Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!"
Cikgu: "???!!!"
Thursday, February 13, 2014
T-Shirt PUMA untuk dijual
Offer untuk member2 dan saudara semua,
Baju T Shirts - Brand PUMA - ( Original )
Harga Asal : RM 198.00
Harga Tawaran : RM 15.00 Sahaja.
Baju rampasan Kastam
Boleh order Kalau mau
Coklat Kekacang
Ada sepasang suami isteri tua baru tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah teksi yang dipandu oleh Jibam, mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba2 selepas 10 minit si Isteri bertanya kepada pemandu teksi.
Siti : Dik .. O .. Dik, kamu nak makan kacang?
Jibam : Boleh juga Makcik.
Sambil dia menghulur tangan ke arah nenek tu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dgn pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulut.
Jibam: oii, sedap kacang makcik ni. Fresh ... tak bergaram....
Sepuluh minit kemudian makcik tu bertanya lagi.
Siti: Dik, kamu nak lagi?
Jibam: Buleh juga..
Sambil menghulurkan tangan menadah..lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Jibam: Makcik dengan Pakcik tak makan kacang ke?
Siti: ... Kau tau lah ... Kami ni tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja...kacangnya masih elok !
Beh : Huhuhuhu
Wednesday, February 12, 2014
Jidin oh Jidin
Jidin masuk ke farmasi dan membeli sekeping kondom. Dengan riang dia memberitahu tauke farmasi bahawa beberapa minit lagi dia akan makan malam di rumah kekasihnya. “Faham-faham sendiri, encik. Biasanya setelah makan mesti ada kelanjutannya,” katanya sambil menyeringai. Kondom pun berpindah tangan.
Baru beberapa langkah keluar dari farmasi, dia kembali masuk. “Bagi saya satu lagi,” katanya. “Adik kekasih saya juga cantik. Agak genit pula. Saya rasa dia juga admire saya. Siapa tahu malam ini saya bertuah.” Kondom kedua berpindah sambil.
Belum sempat tauke farmasi berganjak dari kaunter, Jidin kembali masuk dan minta di tambah satu kondom lagi. “Begini, ibunya juga tak kurang seksi. Penampilannya jauh lebih muda dari usianya. Dan kalau duduk di depan saya, dia selalu menyilangkan kaki. Saya yakin dia juga tak keberatan kalau saya dekati.”
Dengan berbekal tiga kondom, Jidin pergi ke rumah kekasihnya sambil tak berhenti bersiul. Sajian sudah siap. Awek Jidin, adik dan ibunya sudah menunggu. Jidin turut menyertai mereka. Mereka menunggu sang ayah. Sebaik sang ayah masuk ke ruang makan, tanpa di suruh Jidin memimpin doa sambil menundukkan kepalanya begitu rapat dengan meja. Mereka yang berada di sisinya turut menundukkan kepala.
Satu minit berlalu. Jidin makin khusyuk berdoa. Doa masuk ke minit kedua. Jidin terus berkumat-kamit, cukup panjang untuk sebuah doa sebelum makan.Pada minit keempat, kekasihnya menguis kakinya dan berbisik, “baru saya tahu kamu seorang yang sangat alim.”
Sambil terus menunduk, Jidin menjawab dengan suara yang tersekat di kerongkong, “saya juga baru tahu ayah kamu rupanya pemilik kedai farmasi.”