Monday, April 28, 2014

SAYANG IBU

Dalam perjalanan pulang ke rumah, seorang ayah bertanya kepada anak lelakinya yang berusia 7 tahun...

Ayah : "Adik faham tak kuliah yang ustaz sampaikan di masjid tadi?". Anak : "Faham..ayah.."
Ayah : "Apa yang adik faham?"
Anak : " Ustaz tadi kata.. seorang anak wajib lebih mengutamakan ibunya daripada ayahnya".
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Selepas tu barulah bapanya "

Ayah : " Jadi berapa ibunya? "
Anak : " Tiga "
Ayah : " ...dan berapa bapanya? "
Anak : " Satu "

Ayah : " Adik ada berapa ibu? "
Anak : " Satu "
Ayah : " jadi adik kurang berapa lagi ibu? "
Anak : " Kurang lagi dua "
Ayah : " Haa... Kalau macam tu, sampai rumah nanti cakap dengan ibu macam tu ye..."

😊😊😊

Assalamualaikum semua

Ini jawaban ibunya:

Seorang anak menghampiri ibunya yg sedang memasak di dapur.

Anak: Ibu, tadi kata ayah, seharusnya aku punya tiga ibu, karena sekarang baru satu, jadi masih kurang dua.

Ibu: Nak, kamu tau ini sayur apa?

Anak: Terung, Bu.

Ibu: Bagaimana caranya agar satu terung ini bisa dinikmati oleh tiga orang?

Anak: Dipotong tiga Bu.

Ibu: Anak pintar. Nanti kamu bagitau ayahmu ya...



Tuesday, April 22, 2014

MAK APAN HILANG

Citer misteri kehilangan mak...
Pagi tadi di ofis, dalam pukul 9, sedang aku kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai. Dari tadi aku tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apan?” – aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

“Mak aku hilang la..” – Apan berbisik perlahan.

Aku punyala terperanjat!

“Mak lu hilang?, bila hilang?” – dada aku tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan aku menuju ke bahagian budak budak human resource. Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula. Apa yang aku tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

“Mak aku dah jumpa..” – kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Aku cepat cepat bersyukur:

“Alhamdulillah…Jumpa kat mana?”

Dan dengan penuh keikhlasan, Apan membalas padu: “Dalam sinki penteri.”

Aku terus tendang meja komputer sampai bersepah pen pensil atas lantai.

" MUG la.. MUG..!!, pronunciation macam jahanam! " Sia sia aku berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara…

Wednesday, April 16, 2014

A B C D E F G

Seorang nenek mencuri dengar perbualan sepasang remaja yg tgh dating d taman.
: Awak sayang sy?
: Sayang laa..
: Kita suda bercinta 4 bulan, apa buktinya?
: A B C D E F G
: Apa tuu?
: A Boy Can Do Everything For Girl
: So sweet..
Si nenek yg dengar tadi rasa jeles & frust sebab dah nikah 40 tahun tp suami dia x pernah buat mcm tu. Lalu nenek terus pulang & bertanya pada si Atok.
: Bang, awak sayang tak dgn anje?
: Eh.. mesti lah.
: Buktinya apa?
: Laa.. kita kan dah bersama 40 tahun.
: Ahhhhh... tak best, anje nak bukti yg ada huruf A B C D E F G!
: Ooo.. ok untuk anje, abang bagi A B C D E F G H I J K lah..
(Si nenek happy sgt, yg brcinta 4 bulan cuma dpt A hingga G tapi dia dpt A hingga K.)
: Apa tu A B C D E F G H I J K?
: Anje ni seorang yg... Amazing, Beautiful, Cute, Dynamic, Elegant, Fantastik, Good, Hightech....
(Si nenek suka giler mendengarnya, sambil
tersenyum si nenek bertanya lagi.)
: Yang  I J K  tu pulak apa?
: I'm Just Kidding.
#hahahaha

Tuesday, February 18, 2014

Uncle Sebelah

Wak Zainal menaiki bas dan duduk di sebelah ibu muda yang cantik dan seksi. Kebetulan ibu muda itu baru mulai hendak menyusui bayinya. Tapi ketika si ibu muda hendak menyusui, si bayi menolaknya. Si ibu muda berkata, "cepat sayang minum, nanti mama bagi dekat uncle di sebelah." Sepuluh minit kemudian si bayi masih saja tidak mahu menyusu. Si ibu muda memujuk lagi, "cepat sayang minum susu mama. Nanti mama bagi dekat uncle di sebelah. Mama bagi betul-betul ni." Tiba-tiba Wak Zainal berkata kepada si ibu muda, "saya nak bagitahu dekat puan, cepat sikit buat keputusan. Saya sepatutnya sudah turun tadi lagi..di pt raja dah trlepas dah stesen..sampai sri gading cepat puan buat keputusan atau tunggu malam...

Monday, February 17, 2014

Iklan Tak Adil

Bila iklan COLGATE nampak gigi.
Bila iklan SUNSILK nampak rambut.
Bila iklan SAFI nampak muka.
Bila iklan REXONA nampak ketiak.
TAPI!!!.....
Bila iklan KOTEX.... tak nampak apa-apa...

Mmg xadil..

Ngeeeeee!!!

Sunday, February 16, 2014

Akibat Suka Menyibuk

Seorang pemuda ingin melihat 1 kemalangan....malangnya ia terlambat dan sdh dikerumuni org...lalu pemuda itu memikir satu cara supaya dpt melihat dgn lebih dkt lg...
Tiba2 pemuda itu berkata "KETEPI2 SAYA ADALAH WARIS MANGSA"...
org ramai pun berasa hairan...dan setelah sampai d depan dia melihat SEEKOR BABI TELAH MATI DILANGGAR KERETA...sekian...

Saturday, February 15, 2014

WUDHUK DUA KALI

Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk". Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Cikgu: "Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?"

Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.

Man: "Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?"
Cikgu: "Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?"
Man: "Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!"
Cikgu: "???!!!"

Thursday, February 13, 2014

T-Shirt PUMA untuk dijual

Offer untuk member2 dan saudara semua,

Baju T Shirts - Brand PUMA - ( Original )

Harga Asal : RM 198.00
Harga Tawaran : RM 15.00 Sahaja.

Baju rampasan Kastam
Boleh order Kalau mau

Coklat Kekacang

Ada sepasang suami isteri tua baru tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah teksi yang dipandu oleh Jibam, mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba2 selepas 10 minit si Isteri bertanya kepada pemandu teksi.
Siti : Dik .. O .. Dik, kamu nak makan kacang?
Jibam : Boleh juga Makcik.
Sambil dia menghulur tangan ke arah nenek tu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dgn pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulut.
Jibam: oii, sedap kacang makcik ni. Fresh ... tak bergaram....
Sepuluh minit kemudian makcik tu bertanya lagi.
Siti: Dik, kamu nak lagi?
Jibam: Buleh juga..
Sambil menghulurkan tangan menadah..lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Jibam: Makcik dengan Pakcik tak makan kacang ke?
Siti: ... Kau tau lah ... Kami ni tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja...kacangnya masih elok !
Beh : Huhuhuhu

Wednesday, February 12, 2014

Jidin oh Jidin

Jidin masuk ke farmasi dan membeli sekeping kondom. Dengan riang dia memberitahu tauke farmasi bahawa beberapa minit lagi dia akan makan malam di rumah kekasihnya. “Faham-faham sendiri, encik. Biasanya setelah makan mesti ada kelanjutannya,” katanya sambil menyeringai. Kondom pun berpindah tangan.

Baru beberapa langkah keluar dari farmasi, dia kembali masuk. “Bagi saya satu lagi,” katanya. “Adik kekasih saya juga cantik. Agak genit pula. Saya rasa dia juga admire saya. Siapa tahu malam ini saya bertuah.” Kondom kedua berpindah sambil.

Belum sempat tauke farmasi berganjak dari kaunter, Jidin kembali masuk dan minta di tambah satu kondom lagi. “Begini, ibunya juga tak kurang seksi. Penampilannya jauh lebih muda dari usianya. Dan kalau duduk di depan saya, dia selalu menyilangkan kaki. Saya yakin dia juga tak keberatan kalau saya dekati.”
Dengan berbekal tiga kondom, Jidin pergi ke rumah kekasihnya sambil tak berhenti bersiul. Sajian sudah siap. Awek Jidin, adik dan ibunya sudah menunggu. Jidin turut menyertai mereka. Mereka menunggu sang ayah. Sebaik sang ayah masuk ke ruang makan, tanpa di suruh Jidin memimpin doa sambil menundukkan kepalanya begitu rapat dengan meja. Mereka yang berada di sisinya turut menundukkan kepala.

Satu minit berlalu. Jidin makin khusyuk berdoa. Doa masuk ke minit kedua. Jidin terus berkumat-kamit, cukup panjang untuk sebuah doa sebelum makan.Pada minit keempat, kekasihnya menguis kakinya dan berbisik, “baru saya tahu kamu seorang yang sangat alim.”

Sambil terus menunduk, Jidin menjawab dengan suara yang tersekat di kerongkong, “saya juga baru tahu ayah kamu rupanya pemilik kedai farmasi.”