Wednesday, September 28, 2011

TEKNOLOGI MALAYSIA vs JEPUN vs USA



Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi, ,menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang bermesyuarat.

Menteri Jepun: Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temui banyak chip, rangka besi, papan elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang kami lagi, kami bangsa Jepun sudah menegali teknologi robotik.

Menteri AS: Kalau anda ke USA, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temui jejak-jejak radio aktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenali teknologi nuclear.

Menteri Malaysia: Oleh kerana tuan-tuan kini sedang berada di Malaysia, saya akan gali di depan tuan-tuan supaya tuan tahu apa sebenarnya berada di sini.

(Maka dipanggillah dua orang tukang gali untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang gali tersebut naik ke atas lagi).

Menteri Malaysia: Apa yang kamu jumpa?

Tukang gali: Tiada apa-apa Dato’.

Menteri Malaysia: Ada kabel telefon tak di bawah sana?

Tukang gali: Takde Dato’…

Menteri Malaysia: (sambil 'menjeling kerek' pada menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa bangsa kami, sejak zaman purbakala lagi sudah mengenal teknologi WIRELESS.

Moral of the story: Jangan sekali-kali kita dimalukan oleh bangsa asing!

No comments:

Post a Comment