Wednesday, September 28, 2011

ALAHAI RIZAL



Rizal yang merupakan saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta member keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,

Peguam: Adakah kamu sudah berkahwin?
Rizal: (Dengan nada suara yang tersekat-sekat) Sudah, tuan.
Peguam: Sudah berapa kali kamu berkahwin?
Rizal: Sekali sahaja, tuan.
Peguam: Dengan siapa kamu berkahwin?
Rizal: Seorang perempuan, tuan.

Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah peguam berkata

Peguam: Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang kahwin dengan lelaki?
Rizal: Ada tuan… adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

TEKNOLOGI MALAYSIA vs JEPUN vs USA



Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi, ,menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang bermesyuarat.

Menteri Jepun: Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temui banyak chip, rangka besi, papan elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang kami lagi, kami bangsa Jepun sudah menegali teknologi robotik.

Menteri AS: Kalau anda ke USA, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temui jejak-jejak radio aktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenali teknologi nuclear.

Menteri Malaysia: Oleh kerana tuan-tuan kini sedang berada di Malaysia, saya akan gali di depan tuan-tuan supaya tuan tahu apa sebenarnya berada di sini.

(Maka dipanggillah dua orang tukang gali untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang gali tersebut naik ke atas lagi).

Menteri Malaysia: Apa yang kamu jumpa?

Tukang gali: Tiada apa-apa Dato’.

Menteri Malaysia: Ada kabel telefon tak di bawah sana?

Tukang gali: Takde Dato’…

Menteri Malaysia: (sambil 'menjeling kerek' pada menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa bangsa kami, sejak zaman purbakala lagi sudah mengenal teknologi WIRELESS.

Moral of the story: Jangan sekali-kali kita dimalukan oleh bangsa asing!

LAWAK Wi-Fi


Man pergi ke kedai mamak dan ingin menggunakan laptopnya… dia pun nak melayari Facebook lalu dia nak masuk internet menggunakan wifi yang ada di kedai mamak tersebut… 

Man                 : dey macha! apa password WIFI kt sini?
Mamak            : apa WIFI??
Man                 : ini kedai punya internet laaa..
Mamak            : Ooo... itu mcm kalu, password dia "tajupakale" jugak 
Man                 : hah??
Mamak            : tajupakale!!!
Man                 : apa tu?
Mamak            : aiyoo... awak tanya password kan? tajupakale laa..
Man                 : password dia tajupakale?
Mamak            : ya... tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Man                 : dey macha! apa password dia?
Mamak            : tajupakale laa... sudah tanya banyak kali jugak aiyoo!!
Man                 : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak            : mana ada salah... tajupakale!
Man                 : tak boleh la dey!!
Mamak            : boleh la...
Man                 : ko datang sini tengok aku taip... kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak            : aiyoo abang jangan marah la... awak taip satu kali saya tengok

(Man pun taip)
 
Man                 : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tengok, mana dapat???
Mamak            : dey abang! mari sini saya taip... awak kasi tekan salah butang jugak..

Mamak pun terus confiden pergi kat laptop Man…

Man                 : eh, ye ke? kau tekan lah
Mamak            : ini macam tekan la 7777
Man                 : ini TUJUH EMPAT KALI!!!
Mamak            : betul la saya cakap tajupakale...
Man                 : %@$#@%#!!!!...

moral of the story: cakap biar teghang!!!