Tuesday, October 2, 2012
BELAJAR MENGEJA
"Siapa yang tahu mengeja 'ingkar'?" soal seorang guru perempuan yang cun sambil memandang 25 orang pelajar yang baru masuk darjah dua di hadapannya.
"Saya cikgu!" kata ketua kelas sambil mengangkat tangan dengan bangganya. Memang patut pon dia jadi ketua kelas. Cepat jer...
"Silakan".
"E-N-G-K-A-R" .
"Hampir tepat, salah sikit sahaja. Ok... kita cuba orang lain".
"Saya nak cuba cikgu. E-N-K-A-R. Betul ke cikgu?" seorang budak perempuan anak saudara guru besar mencuba nasib.
"Kamu pun salah jugak", kata cikgu, sedikit hampa.
"Saya cikgu. I-N-K-A-R", seorang pelajar paling hadapan menjawab.
"Kamu tertinggal satu huruf sahaja. Ada sesiapa lagi ingin mencuba?"
"Saya! Saya tahu cikgu. I-N-G-K-A-R", kata seorang pelajar lelaki berambut ala tentera yang duduk di tepi tingkap.
"Wah... tepat sekali! Bagus! Baiklah... sekarang cuba kamu bina satu ayat menggunakan perkataan 'ingkar'".
"Err... datuk saya mempunyai beberapa 'ingkar' tanah di kampung".
Haaaa???
Subscribe to:
Posts (Atom)